oleh

Nabi Muhammad SAW di Berbagai Kitab Suci Dunia III

-RELIGI-5 views

Seperti yang kita ketahui, bahwa Nabi Muhammad banyak diceritakan didalam kitab dan para sahabat beliau. Dalam kitab Hindu Budha contohnya. Nabi Muhammad Saw di ceritakan. Dimana dalam kitab BUDDHA banyak berisikan nubuat kedatangan MAITREYA. Dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D.111 Hal ; 76 berbunyi ;

“Akan lahir kembali kedunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai(1000) daripada pengikut aku (Buddha) (100)”.
dan Diulang kembali dalam (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225

“Aku bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid, Maitreya tersebut beribu-ribu.”

Ada satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Gospel of Budha Pages 217-218)

“Ananda (anak murid Buddha) bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggalkan kami?‘

Gautama Buddha menjawab:

“Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu.”

Ananda bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?

Jawab Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.
Maitreya berarti maha pengasih, maha penyayang, baik dan yang merasakan (perasa)

Dalam bahasa arab adalah rahmah disebutkan Dalam Al-Quran, Surat Anbiya, Surat ke 21, Ayat 107

“Dan tidaklah kami mengutusmu, melainkan (untuk) menjadi rahmat bagi seluruh dunia, rahmat bagi seluruh mahluk, rahmat bagi seluruh umat manusia” (QS. 21:107).

Kata Rahmah disebutkan dalam Al-Quran tidak kurang dari 409 kali. dan setiap surat dalam Al-quran dimulai dengan kalimat ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

“Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.” (QS.An-Nisa 4:164)

Dan didalam Kitab Sacred Books of the East, jilid 11, Halaman 36 Maha-Parinibbana Sutta Bab 2 Ayat 32:

Buddha pernah menyebut:

“Saya sudah menyampaikan keseluruhan Agama saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak murid beliau) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.”

Nabi Muhammad (SAW) diperintah oleh Allah Tuhan yang Maha Berkuasa untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran.

Dari zaman Nabi (SAW) hingga hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca dan di ajar secara terbuka. Nabi Muhammad (SAW) dengan tegas melarang sesuatu ajaran agama itu disembunyikan.

Kembali disebutkan dalam Kitab Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana Sutta Bab 5 Ayat 36:

“Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid dan khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka”.

Nabi Muhammad (SAW) pun memiliki seorang anak murid dan khadam yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A) yang dihadiahkan/dititipkan oleh keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (SAW) semasa Anas (R.A) berumur 8 tahun.

Nabi Muhammad (SAW) amat mengasihi Anas dan mengangap Anas sebagai anak Baginda sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi Nabi (SAW) maupun masa senang atau susah, masa perang, atau masa damai sampai Nabi Muhammad (SAW) wafat.

– Di dalam peperangan Uhud nyawa Nabi dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun sahaja.

– Dalam peperangan Hunain Nabi Muhammad (SAW) dikepung oleh musuh yang terdiri daripada pemanah dan nyawa Baginda (SAW) terancam tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi (SAW).

Peristiwa yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah seorang anak murid dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi Muhammad (SAW) sama seperti Ananda kepada Gautama Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di serang oleh seekor gajah yang gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama Buddha.

“Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Al – Imran : 85).

Masih dalam pembahasan  Tentang Rasulullah dalam Kitab Budha. Berbagai macam sumber dan pendapat sudah di urai, Disini dalam Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, Gospel of Budha Halaman 214:

“Buddha pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa Tathagata (Buddha) akan jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah di waktu malam bila mana beliau sudah sampai ke tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa yang kedua ialah pada malam Buddha meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.

Menurut Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:

1. Seorang Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di waktu malam.

2. Di waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.

3. Seorang Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).

4. Seorang Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam.

5. Sebelum kematian rupanya akan menjadi amat cerah.

6. Selepas kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.

– Nabi Muhammad (SAW) mencapai derajat yang paling tinggi di waktu malam pada mana Baginda (Saw) di lantik menjadi seorang Rasul. Kita tahu Beliau Mendapatkan wahyu pertama kali malam hari

Dalam Al-Quran (Surah Dukhan – Surah 44 Ayat 2-3) disebutkan:

Demi Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah) menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan”.

Dan Surat Al Qadr (Kemuliaan) Surah 97 Ayat 1).
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”.

– Semasa Nabi Muhammad (Saw) di lantik menjadi seorang Rasul baginda merasa dirinya dan kefahamannya dipenuhi dengan cahaya rohani.

– Nabi Muhammad (Saw) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang biasa (natural death). kita tahu Nabi Muhammad Saw mati dalam keadaan biasa.

– berdasrkan Riwayat Siti Aisyah (R.A), Nabi Muhammad (Saw) wafat atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi Muhammad (Saw) tidak ada minyak lampu di rumahnya. Siti Aisyah (R.A) terpaksa meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu.

– berdasrkan riwayat Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan Nabi Muhammad (Saw), Rupa Nabi (Saw) amat cerah sekali.

– Selepas pengkebumian Nabi Muhammad (Saw) (jasadnya) tidak dilihat lagi di alam dunia ini.

Dan ramalan ini tidak lain dan tidak bukan membicarakan tentang Nabi Muhammad Saw

5. Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi Peringatan:

Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 Hal. 67)

Semua Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.

Dalam Al Quran Allah SWT menyebut tentang Nabi Muhammad (Saw).

“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka” (QS,Al-Ghaasyiyah, 88 : 21-22).

6. Ramalan Gautama Buddha Untuk Mengenali Seorang Maitreya:

Mengikut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151:

Maitreya yang di tunggu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:

– Perasaan belas kasihan untuk semua makhluk.
– Seorang utusan keamanan dan seorang pendamai.
– Yang paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah:
– Seorang yang sentiasa bercakap benar
– Yang berbudi bahasa.
– Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.
– Tidak sombong atau angkuh.
– Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
– Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua manusia.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”. (QS. Al – Imran : 102)

Setelah pembahasan Kisah Nabi Muhammad SAW dalam kitab Budha, kedepannya akan kami bahas Kisah Beliau dalam kitab suci Yahudi dan Nasrani.

Semoga kita selalu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita, selalu menjaga ukhuwah, dan selalu mencari cara mendekatkan diri dan mendapatkan Ridho Allah SWT…….. Aamiin ya Rabbal’alamin

Sumber://Facebook_HAWARI_Ago Khan

Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.

19 − 11 =

News Feed