USIAMU menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa di selendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah itulah mimpi
Â
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.
Â
Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini serba indah.
Â
Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu
Â
Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
Â
(SAJAK  mendiang  Dr Usman Awang  1984, Sebuah pesan untuk Mayawati)
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang , tetapi menukar namanya  menjadi  Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim  Malaysia .